MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Itulah kata-kata yang telah menjadi laungan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada pagi 31 Ogos 1957 di Dataran Kemerdekaan bersempena dengan hari kemerdekaan Malaysia yang pertama. Setelah hampir 400 tahun negara kita dijajah bermula pada 10 Ogos 1511 oleh penjajahan dari Portugal di bawah kepimpinan Alfonso De Alburquerque, maka pada tarikh 31 /8/ 1957 mejadi bukti dan penyaksian kepada rakyat bahawa Tanah Melayu telah bebas daripada cengkaman penjajah yang zalim.
Perisitwa Pemasyhuran Kemerdekaan.
30 Ogos 1957.
Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah malam yang menandakan kemerdekaan negara. Apabila jam menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang berkibar di padang tersebut diturunkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan bendera British itu.
Perisitwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat negara dan mereka bersorak penuh kegembiraan sebaik sahaja bendera tersebut mencecah bumi. Mereka juga melaungkan “MERDEKA” untuk menandakan kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiang.
Akhbar Berita Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah Melayu
Akhbar Utusan Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan
Akhbar The Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan di muka depannya.
Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali.
Begitulah suasana di Stadium Merdeka pada pemasyhuran kemerdekaan 1957. Sesungguhnya, kemerdekaan negara ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan negara serta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang berlangsung.
Lirik lagu 31 Ogos 1957
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka.
Tema Kemerdekaan 2015:
#SEHATI SEJIWA
RASIONAL LOGO
MAKSUD WARNA LOGO
Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.
Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
RASIONAL TEMA
Lirik lagu 31 Ogos 1957
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka.
Tema Kemerdekaan 2015:
#SEHATI SEJIWA
RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.
MAKSUD WARNA LOGO
Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.
Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.
Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.
RASIONAL TEMA
#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan #SehatiSejiwa mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tonggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #SehatiSejiwa adalah titian hubungan - yang jauh didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya...
No comments:
Post a Comment